Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Program Mahkamah dan JPN bergerak di kawasan Matunggong

MATUNGGONG: Perkhidmatan Program Mahkamah Bergerak (Mobile Court) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Bergerak kawasan Matunggong akan diadakan di Puruvan Square pada 13 dan 14 Oktober 2017.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Matunggong, Dato’ Jelani Hamdan berkata, program itu diadakan bagi membantu dan memudahkan penduduk kampung.

Katanya, selain pengesahan surat beranak lewat, perkhidmatan tambahan yang disediakan termasuklah khidmatan nasihat oleh JPN seperti permohonan surat beranak lewat (yang langsung tidak mempunyai surat
beranak), pembetulan entri dalam dokumen-dokumen pengenalan dan lain-lain.

“Program kali ini berbeza dengan Program Mobile Court pada bulan Mac 2017 yang lalu
yang hanya memberi perkhidmatan Pengesahan Surat Beranak Lewat sahaja.

“Saya berharap penduduk kawasan Matunggong dan sekitarnya termasuk Kudat , Kota Marudu & Pitas yang memerlukan khidmat  tersebut agar tidak lepaskan peluang mendapatkan perkhidmatan tersebut yang disediakan oleh kerajaan”, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pihak Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA) telah membantu menyediakan dua tempat untuk perkhidmatan tersebut iaitu -Khidmat JPN & SAMORA di Pentas Terbuka Puruvan Square, Matunggong  pada 14 Oktober 2017 sahaja dan  Mahkamah Bergerak (Mobile Court)  di Rumah Panjang Puruvan Square  pada 13
dan 14 Oktober 2017.

Jelani berterima kasih kepada Timbalan
Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri kerana membantu  kelulusan permohonannya menambah perkhidmatan berkenaan di Matunggong untuk kemudahan penduduk kampung./SayangSabah

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Matunggong, Dato’ Jelani Hamdan

Komen


Berita Berkaitan