Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Program ‘Learn To Be Genius Bersama AdiPutra’ mampu mengubah persepsi para pelajar tentang subjek Matematik- Jainab

Kenangan... Jainab (tengah) bergambar kenangan bersama Ikon Matematik Malaysia, Adiputra dan para peserta program 'Learn To Be Genius Bersama AdiPutra', disini, hari ini.
Kenangan… Jainab (tengah) bergambar kenangan bersama Ikon Matematik
Malaysia, Adiputra dan para peserta program ‘Learn To Be Genius Bersama AdiPutra’, disini, hari ini.

 

KOTA KINABALU- Satu program ‘Learn To Be Genius Bersama AdiPutra’ yang
julung kali diadakan di negeri ini mampu mentransformasikan paradigma
para pelajar yang menganggap subjek matematik itu susah dan sukar kepada satu subjek yang mudah, senang dan seronok, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah.

Menterinya, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid berkata kebanyakkan para pelajar sama ada di bangku sekolah atau institusi pengajian tinggi mempunyai
tanggapan dan persepsi bahawa subjek matematik itu susah dan sukar.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan program ‘Learn To Be Genius Bersama AdiPutra’ di Auditorium Kompleks Pentadbiran Persekutuan Negeri Sabah, disini, hari ini.

Beliau berkata program yang melibatkan ikon Matematik Malaysia, Adiputra Abdul Ghani merupakan satu program yang julung kali diadakan di negeri ini
dan berharap agar para peserta akan mendapatkan suntikan motivasi dan panduan untuk menjadi insan cemerlang seperti ikon matematik itu.

“Melalui program ini juga saya mendoakan para peserta akan  menjadi
insan yang lebih bijak, dan kreatif dalam mencari penyelesaian yang pelbagai melalui kaedah dan teknik yang lebih cepat, mudah dan menyeronokkan,” katanya.

Hadir sama, Rektor UiTM Cawangan Sabah, Datuk Dr Hj Abdul Kadir Hj Rosline, Pengerusi Penganjur Program Learn To Be Genius Bersama AdiPutra, merangkap Koordinator Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM Cawangan Sabah, Dr Rashidah Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Bina Integrated Technology (Sabah) Penaja Utama Program Learn To Be Genius, Mohd Maidin Hj Ibrahim, Ikon Matematik Malaysia, Adiputra Bin Abdul Ghani. Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan