Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Program komuniti Palace Hotel diteruskan

 

St. Theresa's and De La Salle Residence
CERIA… Penghuni Hostel St. Theresa dan De La Salle menunjukkan hadiah-hadiah yang diterima.

KOTA MARUDU: Palace Hotel meneruskan program Khidmat Komuniti (CSR) tahunan mereka dengan membuat lawatan sambil menghulurkan bantuan ke Hostel St. Theresa dan Hostel De La Salle di sini pada 17 Januari yang lalu.

Hostel tersebut merupakan tempat kediaman sepenuh masa bagi 62 orang kanak-kanak yang terdiri daripada golongan anak-anak yatim, miskin tegar dan juga anak-anak ibu tunggal.

Pengurus Besar Palace Hotel, Phang Joo See berkata aktiviti tersebut merupakan sebahagian daripada Program Angel Tree Wish yang memberikan peluang kepada pelanggan dan kakitangan hotel memberi sumbangan satu hadiah bagi setiap penghuni hostel berkenaan sempena sambutan hari Krismas.

“Aktiviti ini merupakan tahun ke-3 diadakan berturut-turut oleh pihak Palace Hotel yang bertujuan  membantu mereka yang kurang bernasib baik khususnya golongan kanak-kanak di negeri Sabah,” kata Pengurus Komunikasi Palace Hotel, Stella Maluntang.

“Sebelum ini kami telah mengadakan program ini di Rumah Kanak-kanak Don Bosco, Ranau dan Rumah Kanak-kanak Bondulu Toboh di Tambunan,” menurut Daisy Mak  seorang Penolong Pengurus Komunikasi Palace Hotel.

Lebih menarik apabila pasangan dari Sweden, Bruce dan Stella Nellson turut sama menyertai program berkenaan.

Pasangan pelancong itu yang menjadikan negeri ini dan Palace Hotel sebagai destinasi pilihan melancong dan penginapan mereka turut meluahkan perasaan bertuah mereka kerana diberikan peluang oleh pihak hotel untuk memberikan bantuan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib.  – oleh Sukri Sarin/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan