Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Program Komuniti 1Malaysia Untuk Semua Kaum

6:37pm 09/04/2016 Pak Roshan 19 views Tempatan
Datuk Sri Dr Salleh Said Keruak

Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak

MIRI – Program Komuniti 1Malaysia akan dirombak dengan menonjolkan Komuniti 1Malaysia untuk semua kaum di negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata Jabatan Penerangan akan diberi tanggungjawab untuk membuat kajian semula program tersebut dalam tempoh tiga bulan akan datang.

“Rombakan melibatkan negeri, daerah dan komuniti. Kita akan susun semula dari aspek struktur, dasar, pendekatan dan program,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri dialog Komuniti 1Malaysia di Pustaka Miri, dekat sini hari ini.

Salleh berkata antara elemen akan menjadi fokus struktur baharu program berkenaan ialah konsep 1Malaysia yang bertindak sebagai perpaduan antara penduduk Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Bagi konsep 1Malaysia, beliau berkata secara terperinci program Komuniti 1Malaysia itu kelak akan menekankan faedah serta kejayaan konsep tersebut yang diperjuangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sehingga ke peringkat akar umbi melibatkan kesemua kaum.

Beliau berkata elemen lain turut dimasukkan ialah badan bukan kerajaan akan bertindak untuk menerangkan polisi dan program kerajaan supaya rakyat memahami isu semasa serta tidak terpengaruh dengan perkara negatif oleh pihak luar.

“Kita juga mahu ahli yang menyertai program itu nanti dapat meningkatkan sumber ekonomi sendiri,” katanya.

Mengenai senario politik Sarawak, Salleh memuji kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem yang banyak melakukan pembaharuan serta perubahan polisi demi kebajikan rakyat negeri berkenaan.

Beliau mahu rakyat jangan terpengaruh dengan hasutan pihak luar yang hanya datang ke Sarawak semasa musim pilihan raya, serta membawa isu-isu yang tidak relevan kepada rakyat negeri itu.

“Setakat ini, apa yang saya lihat dasar Ketua Menteri amat jelas dan banyak manfaat kepada rakyat,” katanya sambil menambah bahawa parti pembangkang sehingga kini tidak mempunyai dasar yang jelas untuk Sarawak, dan patut ditolak oleh rakyat. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan