Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,780

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Program Khidmat Masyarakat Merapatkan Ummah

7:57pm 13/11/2015 Elezebeth Esther Onjining 35 views Tempatan
Datuk yahya memulakan majlis tersebut dengan upacara bersiram

Datuk yahya memulakan majlis tersebut dengan upacara bersiram

PUTATAN- Ikatan silaturahim antara komuniti setempat dapat dijalinkan dengan adanya perlaksanaan pelbagai program khidmat masyarakat di sesebuah kawasan penempatan tersebut.

Menurut Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin, program khidmat masyarakat ini merupakan satu usaha murni bukan sahaja membantu mereka yang kurang berkemampuan tetapi ia juga akan dapat merapatkan hubungan sesama masyarakat setempat.

“Melalui Program “Berkhitan Beramai-ramai” ini akan dapat meningkatkan semangat kekeluargaan serta mengukuhkan lagi ikatan perpaduan di kalangan masyarakat jemaah dan umat Islamt”, kata beliau.

Yahya berkata demikian semasa merasmikan Program “Berkhatan Beramai-ramai” yang bertempat di Masjid Daerah Putatan, di sini, petang tadi.

Beliau juga berkata bahawa tanggapan masyarakat yang hanya melihat masjid sebagai tempat ibadah semata-mata dapat diubah menjadi sebuah pusat khidmat masyarakat dalam pelbagai sudut dan keperluan kehidupan.

“Program seumpama ini menjadi bukti bahawa masyarakat kita boleh bersatu di atas nama masjid terutamanya yang melibatkan tuntutan atau syariat agama serta mengekalkan adat dan budaya Islam itu sendiri agar ia sentiasa terpelihara”, tambahan beliau. Oleh Elezebeth Esther/ Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan