Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Program Kesedaran Hadapi Gempa Bumi Untuk Penduduk Ranau Dan Kota Belud

mayat1

SANDAKAN : Kerajaan akan melaksanakan program kesedaran bagi penduduk di sekitar Ranau dan Kota Belud menghadapi kejadian gempa bumi.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri Sabah Rodzi Md Saad berkata ia merupakan tindakan susulan diambil oleh kerajaan berikutan kejadian gempa bumi pada 5 Jun lepas yang melanda beberapa daerah di negeri ini dengan kesan gegaran kuat di dua daerah itu.

Katanya menerusi program kesedaran awam itu, penduduk terlibat akan diberikan pendedahan mengenai gempa bumi dan latihan untuk menyelamatkan diri.

Program itu akan mula dilaksanakan pada bulan depan dan penduduk di Kampung Kiau menjadi kumpulan sasaran pertama, katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Menurutnya selain MKN, agensi lain yang akan terlibat pada program kesedaran itu ialah Universiti Malaysia Sabah, Jabatan Mineral dan Geosains serta Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Rodzi berkata penganjuran program kesedaran itu merupakan antara langkah diambil oleh kerajaan untuk memperkukuhkan tahap kesiapsiagaan dan Pengurusan Prosedur Operasi Standard Gempa Bumi di negeri ini.

Katanya pengurusan bencana di negeri ini memasuki satu era baharu berikutan kejadian gempa bumi pada bulan lepas.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan