Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,808

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Program kesedaran ancaman dadah Jan 28

6:32pm 18/01/2016 Ann Vivien 17 views Jenayah,Tempatan
Thomas (tengah) semasa mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pelaksana.

Thomas (tengah) semasa mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pelaksana.

TAMBUNAN :Program Kesedaran bahaya ancaman Dadah anjuran bersama Polis Diraja Malaysai (PDRM) dan PEMADAM Tambunan serta Kempen Derma Dadah Oleh KRT Pekan Tambunan akan berlangsung pada 28 Januari ini di Pisompuruan Square, Tapak Tamu di sini bermula jam 7.30 pagi.

Pegawai Daerah Tambunan Encik Thomas Logijin berkata, program tersebut akan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan.

Katanya, antara aktiviti yang akan diadakan termasuklah Ceramah daripada Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Kempen Derma Darah, Pemeriksaan Kesihatan, Penyampaian Hadiah Pemenang Pertandingan Kebersihan, Keceriaan dan Potensi Pelancongan Daerah Tambunan, Penyampaian Anugerah Pencapaian Sukan dan Pameran Agensi Kerajaan.

Thomas yang juga  Pengerusi   Jawatankuasa Pelaksana program yang dianjurkan dengan kerjasama  Pejabat Daerah, PDRM, PEMADAM dan Rukun Tetangga Tambunan serta Jabatan Kerajaan Daerah adalah lebih kepada memupuk kesedaran khususnya mengenai keselamatan dan bahaya ancaman dadah.

“Pada program itu nanti,  penyampaian pencapaian sukan kepada Cik Felicia Mikat Atlet pemenang 3 pingat emas sukan Para ASEAN di Singapura tahun lepas turut diadakan” katanya  selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pelaksana baru-baru ini.- oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan