Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PROGRAM KEHARMONIAN AGAMA PERINGKAT SEKOLAH WAJAR

Aidi (tengah) menyampaikan sijil kepada Tham Yen En yang mewakili Gabungan Pertubuhan Penganut Agama Tao, Sabah. – Gambar SNT / Sitti Nor Azizah Talata

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mencadangkan agar program dialog permuafakatan di antara agama turut diadakan diperingkat sekolah sebagai usaha memupuk semangat dan toleransi dalam kalangan generasi muda.

Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Datuk Aidi Moktar berkata, generasi muda yang bakal mewarisi kepimpinan negara perlu ditanamkan dengan asas-asas keharmonian dan perpaduan agama serta kaum agar mereka saling menghormati.

“Sekolah adalah tempat yang amat sesuai untuk menyebarkan dan menanamkan asas kesejahteraan dalam kalangan anak muda kerana kalau hendak melentur buluh adalah dari rebungnya,” katanya.

Terdahulu beliau mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal merasmikan penutupan Program Keharmonian Antara Agama di Masjid Nurul Hikmah Bukit Padang, di sini hari ini.

Program anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sabah (Jabatan Perdana Menteri) itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dab Kesejahteraan Sosial) P. Waytha Moorthy dan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Baharin Idris.

Mengulas mengenai program itu, Aidi berkata, program itu mampu mengukuhkan keakraban dan silaturrahim agama dan kaum di Sabah.

Katanya, Sabah mempunyai keunikan pelbagai suku kaum yang dapat hidup aman dan harmoni, justeru perkara itu perlu dikekalkan.

“Syabas dan tahniah kepada JPNIN Sabah atas inisiatif penganjuran program seumpama ini dan diharapkan hubungan ukhuwah yang erat dapat dijalinkan di dalam majlis yang harmoni ini.

“Kita bersyukur kerana keyakinan kaum terutama sekali pemimpin agama dan masyarakat kerana memahami toleransi antara mereka dan saya yakin kalau ini dapat diteruskan, Sabah akan lebih cemerlang dalam kehidupan kesederhanaan,” jelasnya. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan