Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Program Jelajah Ramadan RTM 2016 di Sabah

8:50pm 10/06/2016 Nur Syafathin Mohd Yadi 36 views Tempatan

KOTA KINABALU- Seramai lebih kurang 80 orang penghuni Rumah Anak Kesayangan Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM) telah menerima sumbangan daripada RTM hari ini.

Penyampaian sumbangan ini adalah bersempena dengan aktiviti tahunan Program Jelajah Ramadan RTM 2016 yang telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan di Lobi Kompleks bersepadu Kementerian Komunikasi dan Multimedia, disini.

 

Penyampaian sumbangan kepada Rumah Anak Kesayangan Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia

Penyampaian sumbangan kepada Rumah Anak Kesayangan Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia

 

Dalam ucapannya, Yahya berkata program seumpama ini mampu meningkatkan lagi kredibiliti RTM sebagai satu wadah penyampaian maklumat yang meyakinkan serta boleh dipercayai.

“Melalui program bersemuka sebegini juga maklumat mengenai dasar dan pembangunan rakyat dapat disampaikan secara lebih berkesan apabila wujudnya hubungan silaturahim antara RTM dan masyarakat,” tambahnya.

Terdahulu, satu majlis Penyerahan Bendera Jelajah Ramadan telah diadakan sebagai simbolik penjelajahan RTM ke destinasi seterusnya.

Program ini bermula pada 6 Jun yang lepas merentasi Wilayah Persekutuan Labuan, Keningau, Tawau, Sandakan sebelum sampai ke Kota Kinabalu.

Hadir sama, Pengarah Penyiaran Sabah, Tuan Haji Ali Haji Ngasio.-Syafathin M.Y,/SayangSabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan