Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Program jelajah ramadan 2018 harus diteruskan – Shafie

KOTA KINABALU: Program Jelajah Ramadan RTM 2018 merupakan amal bakti yang baik dan harus diteruskan, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri ​Mohd. ​Shafie Apdal.

Beliau berharap program bersemuka dengan masyarakat di lapangan seperti itu dapat ditingkatkan lagi untuk mendengar suara dan rintihan rakyat yang memerlukan.

Terdahulu beliau melawat lokasi aktiviti gotong-royong di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dekat Kepayan, pagi tadi.

Program kali ketujuh itu turut mendapat tajaan daripada beberapa syarikat seperti Petronas, Adabi, Bernas, Jakel Silk House dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Sabah.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen p.171 Sepanggar, Dato’ Azis Bin Jamman dan Pengarah Penerangan Sabah, Swady Guliling./Penerangan-

Shafie turut membantu acara memasak bubur lambuk.

Komen


Berita Berkaitan