Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Program Jelaja Kelab UMNO luar Negara

Jelaja

DIRAIKAN…Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Rahmahjan Sulaiman Khan (duduk, empat dari kiri) yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tenom telah meraikan seramai 37 orang ahli Kelab UMNO Luar Negara, Badan Perhubungan Negara-United Kingdom (UK) dengan majlis jamuan Aidilfitri di kediamannya di Kota Kinabalu, semalam.

Mereka berada di Sabah kerana menyertai program sukarela “Chance Jelaja Sabah 2015” yang berlangsung dari 2 hingga 8 Ogos 2015.

Turut hadir ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri,Haji Yamani Hafez Musa (duduk, dua dari kanan) dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Papar, Encik Armizan Ali (kanan  Hafez)

Menurut Yamani Hafez berkata, Pemuda Umno Sabah mengalu-alukan kesediaan dan khidmat sosial belia dalam membantu golongan memerlukan khususnya sosio ekonomi dan pendidikan masyarakat luar bandar.

“Kesediaan Kelab Umno luar negara (UK) memilih Sabah sebagai negeri ke-2 selepas Kelantan dalam menjayakan siri  jelajah kebajikan dan prihatin menunjukkan belia khususnya mereka yang berpelajaran daripada pelbagai latar belakang tidak pernah melupakan tanggungjawab sosial membantu masyarakat memerlukan.

Katanya, menerusi Program CHANCE Jelajah Sabah 2015 For Success and Yikes itu, ahli Kelab Penyokong Umno Luar Negara akan menjalankan aktiviti kemasyarakatan termasuk membaiki rumah ibu tunggal dan membersihkan kawasan masjid dan surau, memberikan motivasi dan pendidikan bahasa Inggeris dan pengetahun perniagaan dan perindustrian kepada golongan sasar di Tenom dan Papar.-Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan