Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Program Jejak Merdeka KKKMS, jadi platfrom semai perpaduan

7:40pm 05/09/2016 Leolerry Lajius 11 views Tempatan

KOTA MARUDU: Seramai 68 orang pelajar dari Kolej Komuniti Kota Marudu (KKKMS) menyertai sambutan Kemerdekaan ‘Jejak Merdeka KKKMS.’

Sambutan yang dilangsungkan di Kawasan kolej baru-baru ini merupkan kesinambungan daripada sambutan pertama tahun lalu.

Pengarah Program Jejak Merdeka KKKMS, Shakiroh Yaakob berkata, selain daripada menyambut Hari Kemerdekaan, program ini juga bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di antara  pelajar, dan tenaga pengajar.

“Selain membantu menyemarakkan semangat patriotik di kalangan warga kolej, program ini juga bertujuan untuk memupuk perpaduan kaum kolej yang terdiri daripada berbilang bangsa,” kata Shakiroh.

Antara acara yang diadakan adalah pertandingan kenderaan berhias (motorsikal dan kereta), pertandingan sketsa merdeka, pertandingan karaoke merdeka, pertandingan kuiz merdeka, pertandingan sajak merdeka, dan sinopsis merdeka.

Acara pertandingan karaoke merdeka merupakan acara paling diminati, dan mencatatkan penyertaan seramai 60 orang peserta.

KKKMS telah ditubuhkan pada bulan Mei 2013, dan dirasmikan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Maximus J Ongkili dan kini mempunyai pelajar seramai 68 orang.

Antara kursus yang ditawarkan oleh KKKMS adalah sijil Teknologi Penyejukan & Penyaman Udara (Setara SKM Tahap 3) selama 20 bulan, dan Sijil Penyelenggaraan Bangunan (Setara SKM Tahap 3) juga selama 20 bulan dengan yuran serendah RM200 satu semester.

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran sesi November, orang ramai boleh menghubungi KKKMS di talian 088-663693. /SayangSabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan