Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Program ‘Fitness for Life’ untuk pegawai polis dan kakitangan IPD

9:45pm 06/01/2016 Ann Vivien 32 views Isu Semasa,Tempatan
Peserta program Fitness for Life untuk para pegawai dan kakitangan IPD Tawau yang mengalami masalah berat badan atau obesiti.

Peserta program Fitness for Life untuk para pegawai dan kakitangan IPD Tawau yang mengalami masalah berat badan atau obesiti.

TAWAU: Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus tampil dengan inisiatif baru bagi mengekalkan imej berketrampilan dan berkeyakinan di kalangan para pegawai polis dan kakitangannya menerusi program ‘Fitness for Life’.

Menurutnya, program tersebut ‘dicipta’ khas oleh beliau untuk membantu para pegawai kanan dan rendah polis serta kakitangan awam Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tawau yang berusia 43 tahun dan ke bawah mendapat berat badan ideal, sekaligus meningkatkan imej polis di mata masyarakat.

Katanya, latihan tersebut yang dikendalikan oleh Sarjan Hanafiah Ahdar dan Sarjan Hassan Lahamih, melibatkan kehadiran seramai 22 orang dan berlangsung di Padang Majlis Perbandaran Tawau (MPT), seawal jam 6 hingga 8 pagi.

“Program ini akan berterusan selama tiga bulan berdasarkan silibus Fitness for Life yang memberi fokus kepada pegawai dan kakitangan kita yang mengalami masalah kesihatan atau obesiti,” katanya.

Jelasnya, latihan berkenaan boleh mengurangkan masalah kesihatan berhubung-kait dengan berat badan di kalangan kakitangan beliau, sekaligus mampu menghasilkan tenaga kerja bertenaga dan berkualiti.- Oleh Alanna Adam/Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan