Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Program CSR bantu belia pedalaman jana pendapatan

6:06pm 05/10/2016 Leolerry Lajius 23 views Kota Kinabalu,Pendidikan,Tempatan

KOTA KINABALU: HRDF Special Project Division melalui program tanggungjawab sosialnya terus memberi tumpuan kepada pembangunan golongan belia dan masyarakat pedalaman.

Azita menyampaikan sijil kepada salah seorang pelajar sambil diperhatikan oleh Pengurus Besar CAL Karen Wong (kiri).

Azita menyampaikan sijil kepada salah seorang pelajar sambil diperhatikan oleh Pengurus Besar CAL Karen Wong (kiri).

Terbaru seramai 25 orang belia daripada Kota Belud menerima sijil tamat pengajian  dalam kursus membaiki telefon dalam satu majlis yang diadakan di salah sebuah hotel, di sini, hari ini.

Menurut Pengurus kanannya Azita Binti Mamat, program sumpama ini merupakan salah satu CSR pertubuhan itu bagi membantu golongan belia khususnya yang di tinggal di kawasan pedalaman untuk mendapatkan kemahiran seterusnya mampu menjana pendapatan sendiri dengan mengaplikasikan kemahiran yang mereka telah pelajari.

“Program ini merupakan satu inisiatif kerajaan di bawah pembangunan sumber manusia untuk membantu golongan belia khususnya di Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan kemahiran supaya boleh meningkatkan sosial ekonomi masing-masing,”katanya sempena majlis berkenaan.

Program berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama bersama CAL Computer Learning Centre (CAL) yang melibatkan belia seawal usia 18 tahun hingga 29 tahun dari daerah Kota Belud yang telah mengikuti kursus selama empat bulan.

Program yang ditawarkan CAL ini memberikan peluang kepada individu bawah 45 tahun yang tahu membaca dan menulis untuk mengikuti kursus yang ditawarkan.

Pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus berkenaan turut menerima Start-Up Kit yang dianggarkan bernilai RM2500.00 setiap seorang bagi memastikan mereka boleh memulakan perniagaan selepas tamat latihan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Azita (tengah) mengambil gambar bersama pelajar yang mengikuti kursus berkenaan.

Azita (tengah) mengambil gambar bersama pelajar yang mengikuti kursus berkenaan.

 

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan