Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Program buka puasa bersama golongan kurang mampu wajar

Ghani menyampaikan sumbangan kepada salah seorang kanak-kanak pada majlis di Kampung Bahagian Nabawan. - foto Kalawon Sawing
Ghani menyampaikan sumbangan kepada salah seorang kanak-kanak pada majlis di Kampung Bahagian Nabawan. – foto Kalawon Sawing

NABAWAN – Program berbuka puasa yang diadakan sepanjang bulan Ramadan banyak memberikan manfaat kepada warga tua, ibu-ibu tunggal, fakir miskin dan orang istimewa yang tidak dilupakan nasib dan kebajikan mereka.

Ketua UMNO Bahagian Pensiangan, Datuk Abdul Ghani Datuk Yassin berkata, bantuan berupa barangan makanan dan wang tunai turut dihulurkan sebagai meringankan bebanan mereka pada bulan Ramadan dan Syawal yang akan menjelang tiba.

“Dengan adanya sumbangan yang diberikan oleh pelbagai pihak dan agensi kerajaan sudah tentu ia dapat memberikan manfaat kepada mereka yang kurang mampu untuk berbelanja pada bulan Ramadan ini.” katanya selepas menghadiri majlis berbuka puasa dan santai Ramadan di Masjid Nurul Huda Kampung Bahagia, di sini semalam.

Beliau turut memuji sikap keprihatinan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan dan badan-badan pertubuhan politik yang turut mendampingi masyarakat pada bulan yang penuh kemuliaan ini.

“Bagi saya, sumbangan ikhlas ini walaupun tidak seberapa tetapi amat besar maknanya kepada mereka yang menerimanya terutama mereka yang menjalankan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan ini kerana ia dapat meringankan bebanan golongan yang memerlukan,” ujarnya. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan