Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Program bicara di Ambang Ramadan beri sentuhan yang amat bermakna

Sapawi (empat dari kiri) mendengar ceramah pertama sempena program berkenaan.
Sapawi (empat dari kiri) mendengar ceramah pertama sempena program berkenaan.

KOTA KINABALU: Program bicara di Ambang Ramadan beri titik sentuhan kepada masyarakat untuk menjadi lebih baik daripada sebelum ini.

Menurut Pengarah Yayasan Sabah Datuk Sapawi bin Hj. Ahmad, program seumpama ini mampu memberi sentuhan kesedaran kepada umat islam kerana ada sebilangan umat yang hanya taat kepada ajaran agama apabila tiba bulan ramadan.

“Setiap kali bulan ramadan tiba ramai di kalangan kita yang menjadi sangat pemurah, rajin, berdisiplin serta giat berniaga. Tetapi apabila bulan ramadan berlalu, sifat baik itu tidak lagi menjadi amalan. “

“Justeru, program seumpama ini adalah wadah terbaik bagi kita untuk menghayati erti sebenar bulan ramadan di samping kita membuat refleksi diri masing-masing,”katanya ketika menyampaikan ucapan sempena program berkenaan di Auditorium Tun Ahmad Raffae Menara Tun Mustapha, hari ini.

Beliau turut menyeru umat yang hadir, agar sama-sama menghayati program berkenaan dalam menghadapi senario dunia yang kian mencabar.

Program yang dianjurkan oleh Pergerakan Puteri Islam Malaysia Perhubungan Negeri Sabah dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah diisi dengan dua sesi ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Zul Ramli bin Mohamed Razali dengan tajuk Transformasi Diri ke Arah Mencapai Mardhatillah dan ceramah bertajuk Ramadan Pemangkin Kesempurnaan Insan yang disampaikan oleh Ustaz Malai Ali bin Malai Ahmad.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan