Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Program Bersihkan Tanjung Lipat DBKK dapat sambutan

Sukarelawan mengutip sampah di kawasan pantai Tanjung Lipat.
Sukarelawan mengutip sampah di kawasan pantai Tanjung Lipat.

KOTA KINABALU – Program kerja amal mengutip sampah anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di Pantai Teluk Likas hari ini, mendapat sambutan yang menggalakkan daripada sukarelawan.

Mereka terdiri daripada terdiri daripada pelajar Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) Kota Kinabalu 40 orang tentera laut dari USS Bonhomme Richard (LHD 6), dan 40 orang kakitangan DBKK.

Ia dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Operasi DBKK, Joannes Solidau yang mewakili Datuk Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir.

Pelajar Unitar yang ditemui dalam program tersebut nyata teruja apabila terpilih mengikuti aktiviti tersebut yang diadakan bermula pada pukul 9 hingga 10.30 pagi.

Seorang pelajar dalam bidang Hospitaliti dan Pengurusan Pelancongan, Willbrord Thimothy Tappa, 25 tahun berkata, aktiviti kemasyarakatan seperti itu amat baik untuk diamalkan bagi menanam sikap menjaga kebersihan pantai seterusnya mendidik masyarakat untuk menjaga kebersihan pantai.

Menurutnya, beliau amat teruja dapat menyumbangkan tenaga untuk melakukan kerja amal bersama dengan orang dari luar negara yang begitu perihatin terhadap kebersihan pantai.

“Aktiviti seperti ini harus menjadi teladan dan ikutan kepada generasi muda khususnya golongan pelajar IPTA dan IPTS agar mentaliti menjaga kebersihan dan kerja amal ini dapat diserapkan dalam minda mereka sehingga menjadi budaya yang baik dalam kehidupan,” katanya di sini, hari ini.

Tambahnya, beliau mengikuti program tersebut menerusi info daripada Youth Prep centre Alamesra kemudiannya menyebarkan maklumat tersebut dengan rakan-rakannya di kolej beliau agar lebih ramai yang mengikuti program tersebut.

“Saya berharap lebih ramai peglibatan golongan muda dalam menjalankan aktiviti-aktiviti kerja amal seperti ini yang sememangnya baik untuk dijadikan budaya.

“Saya juga berharap agar masyarakat mengubah sikap membuang sampah merata-rata tempat, sehingga menjadikan kawasan pantai kotor dan dengan sampah. Kebersihan pantai adalah tanggungjawab kita bersama,” katanya. – oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

 

Komen


Berita Berkaitan