Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,674

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Program Bersihkan Pantai Pulau Libaran Untuk Tingkat Penyu Mendarat

8:35pm 08/03/2016 Pak Roshan 26 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan

penyu

SANDAKAN : Sebanyak tiga syarikat dan sebuah agensi kerajaan menyertai Program Angkat membersihkan pantai Pulau Libaran dalam usaha untuk meningkatkan jumlah penyu mendarat di pulau itu.

Program dianjurkan oleh Friend of Sea Turtles Education and Research (Foster) dengan kerjasama Trekkers Lodge Sdn Bhd itu meliputi kawasan sejauh 1.1 kilometer.

Presiden FOSTER Alexander Yee berkata kawasan itu dibahagikan kepada 11 lot dengan setiap lot sepanjang 100 meter dan tiga penduduk kampung terpilih untuk menyertai program pembersihan itu.

“Pesisir pantai yang kotor dengan sampah dan kayu menyukarkan penyu naik ke darat untuk bertelur selain persekitaran pantai turut terjejas kerana tidak bersih,” katanya selepas majlis menandatangani perjanjian dengan dua penduduk kampung yang dipilih melakukan kerja pembersihan pantai di pulau itu, hari ini.

Katanya dana yang diterima daripada Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Sabah, River Bug, STWA Tours dan Walai Penyu akan disalurkan kepada Foster bagi membayar elaun penduduk kampung yang terlibat dalam kerja pembersihan pantai iaitu sebanyak RM100 sebulan untuk satu lot.

Alexander berkata sejak Pusat Penetasan Penyu dibuka di pulau itu sejak tiga tahun lepas, kira-kira 30,000 anak penyu telah dilepaskan ke laut.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Hidupan Liar Sabah di Sandakan Sailun Aris yang turut hadir pada majlis itu berkata kebersihan pantai penting bagi memastikan jumlah penyu yang datang ke pantai untuk bertelur terus meningkat.

Katanya pihaknya sentiasa memberi sokongan kepada program pemuliharaan penyu yang dilaksanakan atas inisiatif Trekkers Lodge dengan kerjasaama Foster di pulau Libaran.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan