Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Program ‘Berjiming Kita’ platform baharu cungkil bakat masyarakat Sabah

7:07pm 25/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 48 views Hiburan,Tempatan
Salah seorang peserta 'Berjimming Kita' membuat persembahan

Salah seorang peserta ‘Berjimming Kita’ membuat persembahan

KOTA KINABALU: Masyarakat tempatan negeri ini kini boleh menunjukkan bakat mereka melalui program baharu terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan kerjasama Unit Hiburan dan Muzik RTM iaitu ‘Bejiming Kita’.

Penerbit Program Alvy Durin berkata, program tersebut merupakan cetusan idea daripada kakitangan pelbagai unit RTM Kota Kinabalu.

“Program ini berkonsepkan jamming santai ‘Aktif Mesra Bersama’ sebagai langkah proaktif RTM Sabah meluaskan platform siaran di samping mendekatkan RTM dengan masyarakat.

“Selain itu, ia juga satu rancangan hiburan baharu dengan inisiatif mencungkil bakat nyanyian tempatan yang belum bergelar artis,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media semasa pelancaran program ‘Begiming Kita’ di pusat Beli Belah Oceanus Waterfront, di sini, hari ini.

Alvy yang juga pernah bergiat dalam bidang komposer itu mengatakan bahawa pihaknya bukan hanya membuat persembahan di pusat beli belah, bahkan berniat mempersembahkan program itu dengan lebih meluas.

“Kita akan cuba memperluaskan lagi skop lokasi persembahan program ini sama ada di majlis keramaian mahupun kerja amal.

“Pada masa sama, program ini diadakan selama dua kali sebulan di lokasi berbeza dan akan dirakam lalu disiarkan di Radio Sabah Fm,” katanya.

Selain itu, sebanyak 10 hingga 12 lagu akan disediakan untuk dipersembahkan oleh mana-mana individu serta warga RTM dalam program tersebut.

Terdahulu, mereka mengadakan program tersebut di pusat beli belah Suria Sabah yang hanya melibatkan beberapa peserta kelahiran RTM Sabah itu sendiri.

Katanya, terdapat beberapa kelainan dilakukan pada program tersebut. Diantaranya ialah
menarik beberapa warga RTM itu sendiri seperti Emran Azmi Roslee dengan Sony.B bagi mempersembahkan nyanyian mereka, manakala, orang luar seperti Nurul Adha Zulkefli dan Swelly.-Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan