Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

RM35.65 juta biayai Program Bantuan Sosial 2014/2015 untuk pelajar Sabah

Jainab Ahmad (tengah) bersama rombongan Skuad Sayang Wanita UMNO membantu membersihkan mengetuai aktiviti gotong royong membersihkan Sekolah Agama Kampung Pantai, Sipitang. - foto Jimmy Tan
Skuad Sayang Wanita UMNO bergotong royong membersihkan Sekolah Agama Kampung Pantai, Sipitang. – foto Jimmy Tan

SIPITANG- Lebih setengah juta pelajar di negeri ini bakal menerima manfaat daripada Program Bantuan Sosial berjumlah RM35.65 juta menerusi peruntukan Yayasan Sabah dan kerajaan negeri pada tahun ini.

Program Bantuan Sosial itu melibatkan tiga jenis bantuan kepada seramai 745,044 pelajar seluruh negeri mengikut agihan bantuan iaitu susu UHT (209,743), alat tulis (263,605) dan pakaian seragam dan kasut pula seramai 271,696 pelajar.

Pelaksanaan Program Sosial bagi 2014-2015 itu merupakan selian oleh Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri.

Menterinya, Datuk Jainab Ahmad berkata, memandagkan pihak kementerian hanya akan mendapat peruntukan berjumlah RM20 juta pada tahun ini untuk meneruskan Program Bantuan Sosial, permohonan Peruntukan Tambahan Tahunan (ASP) dijangka akan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan.

Keadaan dalam bilik darjah  Sekolah Agama Kampung Pantai, Sipitang, selepas banjir - foto Jimmy Tan
Keadaan dalam bilik darjah Sekolah Agama Kampung Pantai, Sipitang, selepas banjir – foto Jimmy Tan

“Ia bertujuan menampung keperluan peruntukan selebihnya berjumlah RM6.6 juta seawal April tahun ini. Walau bagaimanapun, keperluan ASP tidak akan diperlukan lagi sekiranya Program Susu 1Malaysia (PS1M) di seluruh sekolah di negeri ini dilaksanakan sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan tahun ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau mengetuai aktiviti gotong-royong membersihkan Sekolah Agama Kampung Pantai, Sipitang dan Sekolah Agama Islam, Sindumin.

Hadir sama, Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Ahmad Bujang; Senator Datuk Jamilah Sulaiman; Setiausaha Tetap KPMHEP, Datuk Siti Sapoo Ahok dan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Armani Mahiruddin.

Katanya, peratus kemajuan penghantaran bekalan bantuan dan perbelanjaan bagi ketiga-tiga jenis bantuan itu berjalan lancar dan setakat November tahun lalu hanya agihan bagi susu UHT masih lagi belum sepenuhnya dengan kegunaan perbelanjaan ialah 79.13 peratus atau RM13.12 juta daripada RM16.58 juta yang diperuntukan pada 2014. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan