Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Program Back To School “Jelajah gunting rambut”

9:55pm 01/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 64 views Tempatan
Hamisa bersama murid- murid sebelum sesi gunting rambut bermula

Hamisa bersama murid- murid sebelum sesi gunting rambut bermula

TAWAU- Ibu bapa di daerah ini dinasihatkan tidak menjadikan faktor kemiskinan keluarga sebagai alasan untuk mengabaikan tanggungjawab mendidik anak-anak kerana ilmu adalah aset terpenting untuk mengubah nasib keluarga.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat
berkata, anak- anak boleh mendapatkan pekerjaan yang lebih baik dengan ilmu, pendidikan dan kemahiran yang diperoleh dari sekolah.

“Ilmu, pendidikan dan kemahiran ini adalah bekalan paling penting untuk mereka melanjutkan pengajian ke peringkat universiti dan mendapat pekerjaan yang baik.

“Apabila mereka telah mendapat pekerjaan dan berjaya, mereka akan membantu ibu bapa untuk keluarga daripada belenggu kemiskinan,” katanya pada majlis Program Bergunting Rambut Beramai-ramai Secara
Percuma di Kampung Tanjong Batu hari ini.

Menerusi program anjuran Unit PPM Tanjong Batu itu, seramai 130 murid-murid dapat bergunting percuma yang diadakan tiga buah kawasan ia itu Kampung Tanjong Batu, Kampung Metorotai dan Kampung Kalabakan.

Kebanyakan ibu bapa yang membawa anak-anak mereka ke majlis itu berasa gembira kerana mereka dapat berjimat dan tidak lagi perlu ke bandar untuk bergunting rambut.

Selain itu, Hamisa turut mengingatkan ibu bapa supaya tidak meletakkan tanggungjawab mendidik anak-anak mereka di atas bahu pihak guru semata-mata.

“Walau sibuk macam mana pun, sebagai ibu bapa kita perlu pantau dan sentiasa ambil berat pendidikan anak-anak.

“Paling tidak pun, luangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk melihat buku anak-anak dan bersama-sama mereka ketika mengulang kaji pelajaran,” ujarnya.

Beliau turut menasihati anak-anak yang telah berjaya dalam pelajaran dan mendapat pekerjaan yang baik supaya tidak melupakan ibu bapa dan jasa guru masing-masing.

“Apabila sudah berjaya jangan lupa jasa ibu bapa dan guru-guru kerana merekalah yang telah memberi pendidikan kepada kita. Tanpa mereka, kita mungkin tidak akan berjaya,” katanya.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan