Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Program 2YEP mampu membantu meningkatkan taraf hidup golongan kurang berkemampuan- Jainab

6:54pm 20/04/2016 Elezebeth Esther Onjining 59 views Laporan Sidang DUN,Tempatan,YB Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid
Dari kiri, Masidi, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid, Datuk Hajiji Noor, Datuk Haji Ghulam Haidar semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), disini.

Dari kiri, Masidi, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid, Datuk Hajiji Noor, Datuk Haji Ghulam Haidar semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN),
disini.

KOTA KINABALU- Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah bakal melaksanakan program Keusahawanan ‘2 Year Exit Policy’ (2YEP), kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Menurut Jainab, program tersebut merupakan satu program baharu yang dijangka akan dapat mengeluarkan para penerima bantuan dari belenggu kemiskinan dan terkeluar dari senarai ‘Miskin Tegar e- kasih’.

“Pendekatan ini adalah suatu yang tepat pada masanya dan dijangka akan memberi manfaat kepada kira- kira 500 orang penerima bantuan bagi tahun 2016,” katanya semasa ucapan penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), disini, hari ini.

Tambahnya, program tersebut memberi focus kepada ibu tunggal dan Orang Kurang Upaya (OKU) yang produktif untuk menceburi Program keusahawanan.

Selain itu, menurut Jainab, Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia meluluskan peruntukan sebanyak RM 243,000.00 dan seramai 90 orang dikenalpasti untuk mengikuti program itu selama dua tahun.

“Setiap individu akan diberi Geran Keusahawanan sebanyak RM 2,700.00 seorang sebagai suntikan modal untuk mereka memulakan perniagaan untuk tempoh 24 bulan.

“Sekiranya mereka berjaya, mereka akan dikeluarkan daripada senarai penerima bantuan Kebajikan.

Di samping itu, seramai 1,128 orang OKU yang bekerja dan bergaji di bawah RM 1,200 sebulan menerima Elaun Pekerja Cacat sebanyak RM 350.00 sebulan.

Katanya, bantuan tersebut bertujuan untuk menggalakkan OKU minat bekerja dan berusaha untuk terus bekerja.

Selain itu, bantuan tersebut juga sebagai Penyenggaraan Pendapatan untuk memenuhi keperluan asas kehidupan OKU serta meningkatkan taraf hidup mereka di dalam masyarakat. Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan