Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Program 2016 harus mengoptimumkan perbelanjaan sesuai dengan keadaan ekonomi semasa-Siringan

Siringan(Duduk 3 dari kanan)  bergambar bersama kakitangannya selepas selesai meyampaikan ucapan amanatnya.-Gambar Oleh Alex Mairin
Siringan(Duduk 3 dari kanan) bergambar bersama kakitangannya selepas selesai meyampaikan ucapan amanatnya.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: “Semua perancangan program mahupun aktiviti tahun 2016 perlulah memberikan tumpuan menjurus kepada kumpulan sasar dan kita harus “mengoptimumkan perbelanjaan” supaya apa yang dibelanjakan adalah menepati sasarannya.”

Demikian ungkapan Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Siringan Gubat ketika berucap menyampaikan amanatnya di Wisma Bandaraya pagi tadi.

“Tahun 2016 merupakan tahun yang amat mencabar dari segi ekonomi, walaubagaimanapun bagi projek yang mendatangkan manfaat kepada rakyat seboleh-bolehnya projek berkenaan diteruskan,”katanya.

Beliau juga menyeru agar pihak kementeriaan dan agensinya tidak menjadikan ekonomi yang merundum sebagai alasan tidak memberikan layanan yang baik kepada pelanggan.

Tambah beliau, usaha untuk melahirkan modal insan yang berdaya saing mampu dihasilkan melalui peranan Jabatan Pembangunan Sumber manusia (JPSM)  sekiranya keperluan atau kriteria dinaiktaraf bagi membolehkan ia sebaris dengan pusat latihan kemahiran yang lain.

“Mana-mana kursus yang dianggap sudah lama atau lapuk bolehlah diganti dan saya turut berharap agar JPSM dapat menambah bilangan peserta dalam setiap kursus kemahiran yang dianjurkannya khasnya di ILTP, Papar. Jika bilangannya tetap sama setiap tahun, maka kita hanya mampu melatih sejumlah kecil lepasan sekolah sedangkan setiap tahun bilangan mereka semakin bertambah,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan