Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Program 1 Azam bantu belia jadi usahawan kecil- kecilan- Samsudin

4:09pm 27/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 112 views Tempatan
TERBAIK..Samsudin bersama para peserta E-Kasih bergambar kenangan semasa penutupan Kursus Sabun Herba yang diadakan di Sandakan,

TERBAIK..Samsudin bersama para peserta E-Kasih bergambar kenangan semasa penutupan Kursus Sabun Herba yang diadakan di Sandakan,

KOTA KINABALU- Program 1 Azam memberikan pendedahan kepada para belia khususnya peserta E- Kasih menjadi usahawan secara kecil-kecilan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Datuk Samsudin Yahya.

Beliau berkata Program 1 Azam yang diperkenalkan oleh kerajaan merupakan satu usaha murni untuk membantu golongan sasaran iaitu miskin dan miskin tegar yang berdaftar dalam sistem e- kasih.

“ Menerusi empat cabang alirannya, Azam Kerja, Azam Tani, Azam Niaga dan Azam Khidmat, pihak kerajaan bertekad untuk meningkatkan taraf kualiti hidup golongan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan penutupan Kursus Pembuatan Sabun Herba di Sandakan, baru- baru ini.

Samsudin berkata, golongan muda diberi peluang latihan serta bantuan bagi meningkatkan kemahiran mereka yang seterusnya dapat membantu menjana pendapatan keluarga.

Selain itu, tambahnya, golongan belia miskin yang tercicir selepas tamat persekolahan diberi peluang untuk menyertai program kemahiran dan latihan jangka pendek.

“Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, tidak mahu melihat golongan ini terus terabai tanpa hala tuju.

“Sebaliknya, menurutnya, gologngan itu akan didekati dengan memberi peluang meneruskan pembelajaran dalam bidang latihan dan teknikal,”ujarnya.

Terdahulu, seramai 25 orang terdiri peserta e- kasih daripada Pulau Timang, Sandakan menyertai kursus selama empat hari tersebut.- Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Samsudin menyampaikan bantuan peralatan untuk membuat sabun herba kepada salah seorang perserta kursus itu.

Samsudin menyampaikan bantuan peralatan untuk membuat sabun herba kepada salah seorang perserta kursus itu.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan