Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Progam outreach anjuran UMS dan UPPM diadakan

4:51pm 04/12/2015 Ann Vivien 77 views Pendidikan,Tempatan
Sebahagian pensyarah UMS dan fasilitator bersama peserta program Outreach  di kampung Karagasan

Sebahagian pensyarah UMS dan fasilitator bersama peserta program Outreach di kampung Karagasan

RANAU: Unit Penyelidikan Pendidikan Luar Bandar (UPPLB) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Ranau dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) telah mengadakan Program Outreach Karagasan dengan tema  “Scalling Up Education in Comunity” kelolaan siswa dan siswi pascasiswazah program Kurikulum dan Pengajaran UMS selama empat hari.
Pengarah Program Lydia Kimsin berkata, program itu, disertai 24 pelajar Sarjana Pendidikan yang menjadi fasilitator dan  lebih daripada 70 peserta sekitar kampung Karagasan terdiri daripada murid Sekolah Kebangsaan (SK) Karagasan dan masyarakat setempat.

Katanya, antara objektif program adalah bagi mendedahkan   pelajar Program Sarjana Pendidikan Pascasiswazah dalam merancang dan
mengendalikan projek berbentuk kemasyarakatan.

Pada masa sama katanya program  dapat membantu meningkatkan motivasi murid dalam mempelajari bahasa Inggeris, Sains dan Matematik melalui penggunaan modul mata pelajaran yang dihasilkan sendiri oleh pelajar-pelajar pascasiswazah.

“ Pengisian program ini turut dibantu oleh beberapa orang sukarelawan persatuan warga prihatin sabah (SUEC) dan pegawai Institut Kemahiran Mara (IKM) yang berkongsi pengalaman dengan belia dan komuniti setempat berkaitan peluang berkursus di IKM.-Oleh Kalawon Sawing./Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan