Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Profesionalisme pendakwah Islam perlu ditingkatkan

Jamawi (tengah) bersama barisan ahli jawatankuasa USIA Bahagian Tambunan. Gambar SNT/Ehsan Jaafar Wahid

TAMBUNAN: Golongan pendakwah diminta menggunakan kaedah yang lebih sistematik dalam menjalankan program dakwah mereka.

Ketua Belia Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Jamawi Jaafar berkata, gerakan dakwah dalam negara ini perlu dilakukan secara berpasukan dan tersusun bagi mewujudkan tenaga pendakwah dan pasukan sukarelawan Islam yang benar-benar komited menyumbang kepada kesejahteraan ummah.

“Kaedah berdakwah perlu digubal dalam usaha melahirkan bentuk latihan yang teratur, praktikal dan bersesuaian,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung USIA Bahagian Tambunan di Sekolah Agama Negeri Tambunan di sini.

Jamawi berkata, kesungguhan pendakwah dalam menjalankan tugas mereka perlu kerana tanpanya tidak banyak aktiviti dakwah boleh dilakukan manakala keberkesanannya pula hanyalah bersifat minimum.

Beliau menambah, cabaran umat Islam masa kini begitu hebat terutaman dalam kalangan generasi muda dengan pelbagai eleman negetif yang mempengaruhi gaya hidup dan pemikiran mereka ekoran terdedah dengan kemajuan teknologi maklumat.

“Jika kita khususnya ibu bapa gagal menanganinya maka akan lahirlah generasi yang jumud pemikiran dan rosak akhlaknya, justeru pendidikan agama perlu ditekankan dalam kehidupan mereka seharian bermula dari kecil lagi,” tegasnya.

Tambah Jamawi, gerakan dakwah bersifat profesional oleh USIA akan berupaya membawa lambang Islam secara khusus.

“Ada baiknya juga jika semua badan dakwah Islam di negara ini bergabung tenaga di bawah satu bumbung agar usaha untuk mempertingkatkan tahap keprofesionalisme pendakwah Islam akan terjamin,” katanya. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan