Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Prof Dr D Kamaruddin Naib Canselor baharu UMS

KOTA KINABALU: Polemik pemilihan Naib Canselor baharu Universiti Malaysia Sabah (UMS) berakhir Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) universiti itu, Prof Dr D Kamaruddin D Mudin diumumkan sebagai penyandang baharu jawatan itu.

Pelantikan beliau sebagai Naib Canselor baharu disiarkan dalam laman sosial Facebook Kementerian Pendidikan Tinggi, sebentar tadi.

Dr D Kamaruddin adalah anak tempatan Sabah berasal dari Kota Belud dan berkelulusan dalam bidang perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sebelum ini, akhbar melaporkan Lembaga Pengarah UMS mencadangkan dua calon bukan anak kelahiran Sabah untuk mengambil alih jawatan Naib Canselor daripada Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah yang bersara mulai Sabtu ini.

Cadangan itu sekali gus menimbulkan bantahan dalam kalangan pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri yang menyifatkannya sebagai mengetepikan calon anak jati negeri ini.

Berikutan itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, telah memanjangkan perkara itu kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berhubung hasrat supaya pelantikan Naib Canselor UMS yang baharu adalah dalam kalangan anak negeri ini.

Mohd Harun yang dilantik menyandang jawatan itu sejak 18 Jun 2012 adalah Naib Canselor keempat UMS dan anak jati Sabah kedua mengetuai universiti berkenaan selepas Prof Datuk Dr Kamaruzaman Ampon.

Tempoh perkhidmatan Mohd Harun tamat pada 17 Jun 2017 selepas disambung semula berkuat kuasa 18 Jun 2015. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan