Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Produk keluaran Sabah mampu menembusi pasaran dunia

Raymond ketika membuat tinjauan kilang ke-2 Life Water Industries Sdn Bhd di Kota Kinabalu Industrial Park, hari ini. -Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Produk keluaran usahawan dan pengusaha industri Negeri Sabah mampu menembusi pasaran dunia kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah.

Menurut beliau, produk keluaran negeri ini mampu menembusi pasaran dunia sekiranya pihak pengusaha membuat langkah promosi yang betul dengan mengeluarkan produk berkualiti serta diusahakan dengan bersungguh-sungguh.

Mengambil contoh syarikat Life Water Industries Sdn Bhd yang kini telah menjadi syarikat pengeluar utama air mineral di Sabah, beliau yakin produk keluaran negeri ini mampu bersaing dengan syarikat antarabangsa terkemuka yang lain.

“Syarikat ini bermula pada tahun 2002 di Sandakan dan hanya mampu mengeluarkan 5,000 botol air sehari namun kini syarikat ini terus berkembang dan mampu menghasilkan sejuta botol air sehari dan ia tidak berhenti berkembang kerana hari ini mereka akan melancarkan satu lagi pembinaan kilang ketiga,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Kilang ke-3 Life Water Industries Sdn Bhd dan Pelancaran Minuman Baharu Kitzai, di sini, hari ini.

Sementara itu, menurut Pengarah Urusan Life Water Industries Sdn Bhd Liaw Hen Kong, syarikat berkenaan akan membuat satu promosi di Thailand bagi mempromosikan minuman baharu (Kitzai) keluaran syarikat berkenaan.

Beliau menyatakan, promosi itu adalah antara langkah yang diambil syarikat berkenaan untuk menembusi pasaran dunia./SayangSabah

Raymond (tengah) dan Liaw (dua dari kanan) ketika membuat gimik pelancaran pembinaan kilang ke-3 Life Water Industries Sdn Bhd. -Gambar Oleh Alex Mairin

Komen


Berita Berkaitan