Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Produk jenama Yanong’s terima permintaan tinggi di pasaran

RASMI.... Kilang memproses produk Yanong's dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.
RASMI…. Kilang memproses produk Yanong’s dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan. – Foto JIMMY TAN / Sayangsabah

KOTA KINABALU – Syarikat pengeluaran Hajah Yanong Frozen Food Enterprise yang dahulunya memulakan perniagaan menjual dan memproses bebola daging secara kecil-kecilan dari sebuah rumah yang terletak jauh di kawasan pedalaman daerah Kinabatangan, kini muncul sebagai antara pengeluar produk tempatan yang berjaya di negeri ini.

Syarikat yang diasaskan oleh Puan Hajah Yanong binti Latuka, 57, itu  memulakan perniagaan mereka di Kampung Paris, Kinabatangan pada tahun 2009 kini mengembangkan lagi perniagaan mereka dengan membuka sebuah kilang yang terletak di  Lot 11, Kawasan Perindustrian SME Bank, Lok Kawi dekat sini.

Pengarahnya, Pausia binti Abu, 37, berkata, pembukaan kilang tersebut adalah untuk memenuhi permintaan pasaran bagi produk jenama Yanong’s keluaran syarikat itu yang semakin meningkat di negeri ini.

“Produk sejuk beku keluaran syarikat kami mendapat permintaan yang amat menggalakan di pasaran di antara tujuh hingga sepuluh tan dalam sebulan untuk diedarkan di pasaraya besar, kedai runcit dan juga restoran di seluruh negeri,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, hari ini.

Pada masa ini, beliau berkata, kilang mereka mencatat kapasiti pengeluaran sebanyak 500 kilogram produk sejuk beku dalam masa sehari.

Menceritakan detik permulaan perniagaan mereka, Pausia berkata, ketika emaknya menunaikan ibadah haji di Mekah, beliau terdengar perbualan rombongan haji dari Malaysia dan Indonesia di situ yang mencari makanan jenis bakso.

“Selepas kembali ke Sabah, emak saya memberitahu mengenai cadangan untuk membuka perniagaan memproses dan menjual bebola daging menggunakan resepi keluarga kami yang pernah digunakan semasa membuka sebuah restoran suatu ketika dulu,” katanya lagi.

Mengenai rancangan jangka panjang, Pausia berharap syarikat milik keluarganya itu akan mampu memiliki sistem pengurusan dan amalan yang memenuhi piawaian bagi membolehkan produk Yanong’s menembusi pasaran luar negara.

Selain produk jenis bebola daging, Hajah Yanong Frozen Food turut menghasilkan produk bebola ayam, ikan dan kek ikan yang dijual di pasaran dengan harga RM13.20 untuk sekilogram.

Syarikat yang berminat untuk menjadi ejen pengedar produk Yanong’s boleh menghubungi Pejabat Urusan di talian 017-3588037 (Pausia Abu) atau 019-8999032 (Azis Alimi).
– Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah
USAHAWAN BUMIPUTERA... Pengasas produk Yanong's, Hajah Yanong Latuka (kiri) bersama anak sulungnya Pausia Abu. - Foto JIMMY TAN / Sayangsabah
USAHAWAN BUMIPUTERA… Pengasas produk Yanong’s, Hajah Yanong Latuka (kiri) bersama anak sulungnya Pausia Abu. – Foto JIMMY TAN / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan