Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Proaktif dan agresif dalam majukan perniagaan- Musa

3:13pm 27/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 43 views Perniagaan,Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman
Bolkiah (tengah) memotong riben sebagai gimik perasmian Showcase PKS sempena Minggu PKS Sabah 2016

Bolkiah (tengah) memotong riben sebagai gimik perasmian Showcase PKS sempena Minggu PKS Sabah 2016

KOTA KINABALU- Para pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) harus lebih proaktif dan agresif dalam membangunkan dan memajukan perniagaan masing- masing, kata Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Beliau yang merupakan Ketua Menteri Sabah berkata sektor PKS merupakan sektor yang penting dan menyumbangkan peranan yang besar untuk membangunkan perniagaan dan ekonomi negara.

” PKS merupakan satu komponen yang penting dalam pembangunan ekonomi kita kerana sektor ini memberi sumbangan yang besar dari segi menyediakan pekerjaan, menjana pertumbuhan ekonomi, pendapatan negara, ekport negara dan pewujudan usahawan- usahawan.

“Sektor PKS perlu lebih berdaya saing dan berdaya tahan serta mampu memainkan peranannya dengan lebih efektif untuk meningkatkan pendapatan negara serta membantu meningkatkan taraf hidup rakyat dan para pengusaha,” katanya.

Bolkiah (tiga dari kiri) menyerahkan kunci Rumah Kedai Karakit, Pulau Banggi, Kudat.

Bolkiah (tiga dari kiri) menyerahkan kunci Rumah Kedai Karakit, Pulau Banggi, Kudat kepada salah seorang penerima insentif tersebut.

Beliau berkata demikian semasa berucap sempena Majlis Perasmian Showcase dan Seminar PKS sempena Minggu PKS Sabah 2016 di Pusat Perdagangan Sabah, disini, hari ini. Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Bolkiah Haji Ismail.

Disamping itu, beliau turut menyeru kepada para pengusaha PKS agar
mengambil peluang menggunakan kemudahan bantuan kerajaan untuk memajukan perniagaan masing- masing.

Tambahnya, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri memandang serius tentang perkembangan dan kemajuan sektor PKS di negeri ini.

“Pada tahun 2016 ini, sebanyak 153 program dengan jumlah peruntukan sebanyak RM 7.36 bilion dijangka akan dilaksanakan oleh sebanyak 16 kementerian dan 60 agensi dengan jumlah PKS yang memberi manfaat kekepada sebanyak 500,000 pertubuhan PKS di seluruh negara.

“Selain bantuan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri juga telah menyediakan program bantuan untuk PKS di Sabah. Pada 2015, 10 agensi melaksanakan program pembangunan untuk PKS dengan perbelanjaan sebanyak RM 5.58 juta untuk 15 program bantuan untuk PKS dan bantuan tersebut dijangka akan berterusan dalam tahun 2016,”katanya.

Sementara itu, Bolkiah turut menyerahkan insentif kerajaan dalam sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Diantaranya, surat tawaran bagi Program Transformasi Usahawan TRUS MID 2016, kunci rumah Kedai Karakit, Pulau Banggi, Kudat oleh Perkasa Realty Sdn Bhd dan Usahawan Muda Contoh.

Hadir sama, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian merangkap Pengerusi Penganjur, Datuk Hashim Paijan dan Timbalan Ketua Eksekutif SMe Corp Malaysia, Karunajothi A/P Kandasamy. -Elezebeth Esther/SayangSabah

KENANGAN.... Bolkiah (empat dari kiri) merakam gambar kenangan bersama penerima anugerah Usahawan Muda Contoh iaitu Sekolah Menengah St. Micheal Penampang.

KENANGAN…. Bolkiah (empat dari kiri) merakam gambar kenangan bersama penerima anugerah Usahawan Muda Contoh iaitu Sekolah Menengah St. Micheal Penampang.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan