Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,731

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PRN Sarawak: Pembangkang Hanya Timbul Masa Pilihan Raya Sahaja

7:18pm 05/05/2016 Pak Roshan 35 views Mutakhir,Politik
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

LUNDU – Pengundi Sarawak perlu menolak pembangkang yang cuma timbul sewaktu musim Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk menghasut dan mencaci sahaja, kata Anggota Parlimen Santubong Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata pembangkang akan tenggelam selepas PRN berakhir.

Wan Junaidi yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar meminta pengundi untuk memilih Barisan Nasional, parti yang sentiasa bersama-sama dengan masyarakat sepanjang masa tanpa bermusim.

“Pembangkang di sini tidak mempunyai ahli yang ramai, malah mungkin tiada cawangan, hanya mungkin jawatankuasa sahaja. Bila demam PRN habis, mereka pun balik, memang masyarakat tidak lihat lagi mata, batang hidung mereka.

“Bila ada ura-ura PRN atau PRU, barulah mereka datang balik. Kebanyakan yang datang adalah orang luar, bukan orang tempatan dan mereka datang dengan menghasut, caci sana sini. Kita (BN) tidak macam itu,” katanya.

Wan Junaidi berkata demikian kepada Bernama selepas menghadiri Randau Segulai Sejalai Sepenemu (Program Bersama Rakyat) di sini, kira-kira 100 km dari Kuching hari ini.

Pengarah Operasi Jentera Pilihan raya DUN Tanjong Datu ini, kawasan yang ditandingi Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, berkata pembangkang disifatkan seperti parti nyamuk dan akan membuat bising bagi meraih simpati pengundi dan ini tidak harus dilayan masyarakat.

“Jangan cepat terpengaruh dengan kempen pembangkang di saat akhir. Kadang-kadang pelbagai maklumat akan dikongsi di media sosial yang berbau fitnah. Jadi, janganlah berubah hati. Ini sudah banyak kali diingatkan,” katanya.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan seperti beg sekolah, hamper dan alat bantuan pergerakan kepada masyarakat sekitar DUN itu.

PRN Sarawak akan diadakan 7 Mei ini. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan