Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,752

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PRN Sarawak: BN Menang Tanpa Bertanding Bukit Sari

11:06am 25/04/2016 Pak Roshan 186 views Mutakhir,Politik
Awang Tengah Ali Hassan

Awang Tengah Ali Hassan

KUCHING – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan diisytharkan menang tanpa bertanding untuk kerusi N.82 Bukit Sari selepas tamat tempoh penamaan calon di Lawas dekat sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian Sarawak diiringi oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman ke pusat penamaan calon bertempat di Kompleks Stadium Tertutup Lawas.

Awang Tengah yang mempertahankan kerusi tersebut iaitu N.71 sebelum proses persempadanan semula tahun lalu, dikatakan bakal dicabar oleh calon PKR, Jamail Brahim dan calon Parti Kebangsaan Dayak, Walter Sela.

Pada Pilihan Raya Negeri 2011 lalu, beliau memperoleh 6,018 undi sekali gus menang dengan majoriti 5,063 undi mengalahkan calon PKR, Japar Suyut yang hanya mendapat 955 undi.

Kerusi DUN paling hujung untuk Sarawak yang bersempadan dengan Brunei di sebelah barat dan Sabah di sebelah bahagian timur itu mempunyai 12,418 pengundi berdaftar – Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan