Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,668

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PRN: Azmin Biadap Kata Rakyat Sarawak Minum Air Longkang

8:34pm 01/05/2016 Pak Roshan 754 views Mutakhir,Politik
Azmin Ali

Azmin Ali

KUCHING – Barang kali marah dengan tindakan kerajaan Sarawak mengehadkan tempoh berada di negeri itu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali tergamak menghina Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem ketika berceramah.

Dakwaan tidak berasas itu diluahkan oleh Menteri Besar Selangor semasa berucap di hadapan puluhan penyokong PKR untuk kerusi Simunjan yang diwakili calonnya, Jamilah Baharuddin pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11.

Azmin membuat perbandingan dengan pentadbirannya di Selangor yang konon membekal air percuma 20 liter sebulan kepada rakyat negeri itu namun Adenan hanya mampu memberi air longkang kepada rakyat Sarawak.

Tuduhan jahat pemimpin PKR tersebut benar-benar berbaur fitnah kepada kepimpinan Barisan Nasional Sarawak yang diketahui melakukan pelbagai usaha demi membela kebajikan penduduk negeri terbesar di Malaysia itu.

Bagi rakyat Sarawak yang tahu apa terjadi di Selangor, Azmin umpama badut yang berlakon di atas pentas dan memalukan diri sendiri di tempat orang kerana bukan semua isirumah di Selangor menerima bekalan air percuma.

Mereka yang menetap di kediaman berstrata seperti rumah flat kos rendah dan berkongsi meter pukal tidak layak pun menerima bantuan air percuma itu berbanding penghuni banglo mewah yang memakai meter jenis tunggal.

Itupun pemberian air percuma itu turut dibantah ramai wakil rakyat PKR dan DAP di Selangir yang menyifatkan ia sebagai tidak praktikal kerana lebih menggalakkan penduduk melakukan pembaziran dalam jangka masa panjang.

Bahkan mereka juga menuntut tarif air dinaikkan konon untuk mengelakkan umat Islam yang suka membazir air khasnya ketika solat Jumaat dan urusan mandi wajib selepas puas bersanggama dengan pasangan di atas ranjang.

Ini belum lagi kesengsaraan sebahagian besar penduduk yang kerap mengalami gangguan bekalan tidak berjadual akibat sikap kerajaan Selangor terlalu bermain politik dalam isu Projek Langat 2 dengan pihak kerajaan Pusat. – Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan