Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PRN: Azmin Ali Dilarang Masuk Sarawak Pagi Tadi

1:28pm 06/05/2016 Pak Roshan 79 views Mutakhir,Nasional
azmin

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali dihalang daripada memasuki Sarawak kira-kira pukul 10 pagi tadi.

KUCHING – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali dihalang daripada memasuki Sarawak kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Azmin yang juga merupakan Menteri Besar Selangor telah ditahan setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan dihantar pulang semula ke Semenanjung pukul 10.36 pagi tadi.

Menerusi laman Twitternya, Azmin meluahkan rasa kesalnya dan merasakan larangan tersebut satu penghinaan buatnya.

“Halangan ini tidak akan menjadi kudis buat saya tapi adalah penghinaan terhadap Menteri Besar Selangor dilantik oleh DYMM Sultan Selangor,” katanya.

Difahamkan, Sarawak mempunyai undang-undang imigresen sendiri dan kerajaan negeri berhak untuk menghalang kemasukan kepada mana-mana individu serta menentukan bilangan hari mereka boleh berkunjung.

Ramai pemimpin pembangkang telah disekat daripada menjejaki Sarawak dan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem pernah memberitahu, larangan itu dibuat kerana mereka boleh menjejaskan keharmonian di Sarawak. – MYNEWSHUB.CC

#PRNSARAWAK

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan