Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,695

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PRN: 40 Pengundi Cemas Koridor Sekolah Runtuh

3:15pm 07/05/2016 Pak Roshan 117 views Mutakhir,Nasional
Koridor Sekolah Runtuh

Koridor Sekolah Runtuh

KUCHING – Koridor Sekolah Kebangsaan Kuala Annau di Tatau, Bintulu dekat sini yang dijadikan pusat pengundian untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak runtuh secara tiba-tiba pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zailani Amit berkata, kejadian tidak diduga itu berlaku ketika puluhan pengundi beratur menunggu giliran untuk membuang undi sekitar pukul 8.15 pagi tadi.

Menurut beliau, koridor kayu terbabit yang merupakan laluan antara bilik darjah di sekolah tersebut tiba-tiba sahaja runtuh menyebabkan kira-kira 40 orang pengundi berada di situ turut terjatuh.

“Hanya seorang cedera ringan dan mangsa telah diberi rawatan di sebuah klinik berhampiran. Proses pengundian bagaimanapun diteruskan seperti biasa,” kata Zailani ketika mengesahkan kepada media tempatan.

koridor1

Sementara itu, proses pengundian di Rumah Panjang Anthony bagi kerusi DUN Kemena tetap diteruskan, walaupun jalan ke kediaman terbabit dinaiki air akibat hujan lebat berterusan selama beberapa jam.

Namun sebuah bot penumpang disediakan oleh pihak berkuasa untuk mengangkut pengundi berkenaan agar dapat mereka berulang alik ke rumah terbabit dari jalan utama.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pada itu melaporkan 13 buah pusat pengundian khasnya di pedalaman Sarawak ditutup seawal pukul 10.30 pagi sempena Pilihan Raya Negeri ke-11 kali ini.

Ini kerana pusat tersebut hanya mempunyai bilangan pengundi berdaftar yang amat kecil dan selesai sepenuhnya apabila kesemua pemilih berkenaan menunaikan tanggungjawab mereka. – Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan