Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pribumi Sabah, Sarawak Perlu Dikategorikan Dengan Betul – Timbalan Presiden PBRS

kurup 2

KOTA KINABALU : Masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak perlu dikategorikan dengan betul untuk mencerminkan kepelbagaian rakyat Malaysia, kata Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Arthur Joseph Kurup.

Beliau berkata usaha mengkategorikan etnik masih perlu bagi pengumpulan data penduduk di negara ini.

“Ini untuk memastikan dasar-dasar kerajaan, terutamanya bantuan kerajaan, dilaksanakan secara efektif dan sebarang bantuan patut memanfaatkan kumpulan sasar.

“Ia juga akan membolehkan kami memantau perkembangan golongan minoriti dan menentukan dasar-dasar adalah relevan dengan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengalu-alukan pengesahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Persidangan Perwakilan Tritahunan PBRS pada 1 Nov, bahawa kerajaan telah memutuskan untuk memansuhkan ruangan “lain-lain bangsa” dalam borang rasmi kerajaan.

Arthur berkata kerajaan perlu mendapatkan khidmat semua pihak berkepentingan relevan termasuk sejarawan dan ahli akademik, dalam menentukan kategori itu.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan