Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,737

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Prestasi syarikat konsesi yang dilantik sangat memuaskan- Pairin

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin berbincang sesuatu bersama Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Ahmad Ayid dan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Zakaria Haji Mohd.Edris (dua dari kiri).

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin berbincang sesuatu bersama Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Ahmad Ayid dan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Zakaria Haji Mohd.Edris (dua dari kiri).

KOTA KINABALU- Prestasi syarikat-syarikat konsensi yang dilantik menyelenggara jalan negeri dan persekutuan memuaskan dan mematuhi spesifikasi, kata Menteri Pembangunan Infrastruktur, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan.

Pairin yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata terdapat dua buah syarikat yang dilantik menjalankan kerja- kerja penyelenggaraan jalan di Negeri Sabah dan dua buah syarikat konsensi untuk menyelenggara Jalan Persekutuan.

Diantaranya ialah Syarikat Globinaco Sdn Bhd, syarikat konsesi penyelenggaraan jalan raya Negeri di bawah Jabatan Kerja Raya dan Pembinaan Kekal Mewah Sdn Bhd.

Terdahulu, peruntukan yang diterima oleh kedua- dua syarikat konsesi itu pada tahun 2015 ialah RM 290 juta dan kos perbelanjaan adalah sebanyak RM289.8 juta untuk Syarikat Globinaco Sdn Bhd. Manakala, peruntukan yang diterima Pembinaan Kekal Mewah Sdn Bhd adalah sejumlah RM 160 juta.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan ADUN Sindumin, Datuk Ahmad Bujang berkenaan prestasi syarikat konsesi yang kurang memuaskan disebabkan oleh peruntukan yang tidak mencukupi pada Persidangan Dewan Undangan Negeri disini, hari ini.

Sehubungan itu, Syarikat konsesi yang menyelenggara jalan- jalan persekutuan seperti Lintasan Resources Sdn Bhd dan Gammerlite Sdn Bhd masing- masing menerima peruntukan sebanyak RM 86.5 juta dan RM55.4 juta.

Sementara itu, beliau memohon kerjasama daripada semua pihak untuk bersama- sama memantau kerja- kerja semua syarikat konsesi yang dilantik itu.

“Jika terdapatnya sebarang aduan berkenaan syarikat- syarikat yang dilantik itu perlulah dikemukan dengan segera kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya,”katanya.

Tegasnya, kerja-kerja pemantauan itu merupakan tanggungjawab semua pihak dan bukan satu pihak sahaja.

Walaubagaimanapun, beliau berkata pihak kementerian akan terus memantau segala kerja-kerja yang dilakukan oleh semua syarikat konsesi yang dilantik itu. Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan