Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Prestasi semua Pejabat Pelajaran Daerah perlu ditingkatkan: Mary Yap

mary yap

TAWAU: Semua Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) perlu meningkatkan prestasi dari aspek pengurusan bagi melahirkan kepimpinan cemerlang sekaligus mencipta kejayaan membanggakan.

Timbalan Menteri Pendidikan Satu, Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, untuk mencapai tahap yang membanggakan semua anggota PPD perlu bekerja secara berpasukan termasuk pihak sekolah.

’’PPD memerlukan gerakan bersama menuju ke arah kecemerlangan kerana hanya dengan semangat berpasukan dan bersatu sahaja mampu mencipya kejayaan yang tidak pernah kita fikirkan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga PPD dan Pengetua serta Guru Besar serta Sekolah Cemerlang daerah ini di sebuah hotel di sini kelmarin.

Dalam pada itu beliau yang juga Ahli Parlimen Tawau mencabar semua sekolah di daerah ini menunjukkan prestasi dengan mencapai kecemerlangan dalam sebarang jenis peperiksaan awam.

Katanya, sekolah-sekolah yang berjaya mencapai tahap membanggakan dalam sebarang jenis peperiksaan awam itu akan diraikan dalam jamuan yang akan diadakan di hotel terkemuka sebagai tanda penghargaan.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada beberapa buah sekolah di daerah ini yang mencapai kejayaan dalam peperiksaan awam dan berharap ianya diteruskan pada masa akan datang.

Beliau juga mengambil kesempatan menzahirkan tahniah atas kejayaan PPD daerah ini yang telah berjaya menganjurkan sambutan Hari Guru peringkat negeri yang telah diadakan pada Jun lepas di Dewan Masyarakat.

Sementara itu pada majlis berkenaan, sumbangan sempena Hari Raya kepada anak-anak yatim juga turut berlangsung.

Majlis berkenaan dihadiri kira-kira 400 tetamu terdiri daripada warga PPD, pengetua, guru besar dan guru-guru di daerah ini.

Komen


Berita Berkaitan