Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,708

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Presiden Turki, Raja Jordan hadiri pengebumian Ali

10:23am 07/06/2016 Pak Roshan 135 views Global
SEORANG lelaki memegang poster Muhammad Ali di luar kediaman peninju itu ketika kecil di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat, semalam. Rumah berkenaan menjadi tumpuan peminat Ali sejak dia meninggal dunia Sabtu lalu.

SEORANG lelaki memegang poster Muhammad Ali di luar kediaman peninju itu ketika kecil di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat, semalam. Rumah berkenaan menjadi tumpuan peminat Ali sejak dia meninggal dunia Sabtu lalu.

Louisville: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan akan menghadiri majlis pengebumian legenda tinju Muhammad Ali di sini, Jumaat ini.

Jurucakap keluarga Ali, Bob Gunnel mengumumkan demikian ketika dia mendedahkan secara terperinci butir mengenai majlis pengebumian di bandar kelahiran Ali itu, semalam.

Keranda membawa jenazah juara tiga kali tinju heavyweight itu yang sudah berada di Louisville akan diarak menerusi jalan raya bandar berkenaan pada hari itu.

Di Turki, sumber istana berkata: “Kami mengesahkan presiden akan ke Louisville untuk memberi penghormatan terakhir kepada Ali. Dia akan berlepas pada Rabu (esok).”

Menurut penganjur, Recep meminta untuk berucap di majlis berkenaan.

Dalam perkembangan sama, Raja Abdullah dari Jordan juga akan menghadiri majlis itu. Imam dan ulama dari California, Zaid Shakir akan mengetuai majlis berkenaan. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan