Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Presiden Pas Pulang Ke Malaysia, Masih Dalam Tempoh Berehat

ppas

KUALA TERENGGANU: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pulang ke Malaysia petang semalam selepas diberi kebenaran oleh doktor yang merawatnya di sebuah pusat perubatan di Turki.

Setiausaha Politik kepada Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata walaupun kesihatan Abdul Hadi bertambah baik dan dibenarkan pulang ke Malaysia, doktor menasihati beliau untuk terus berehat dalam satu tempoh tertentu.

“Sehubungan itu, diharapkan semua pihak memberikan ruang secukupnya kepada Presiden PAS untuk pulih sepenuhnya sebelum beliau dapat bertemu dan memberi komitmen terhadap program parti dan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan Khamis.

Abdul Hadi dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Turki, setelah mengalami sesak nafas semasa menghadiri satu persidangan di Istanbul pada Mei lepas.

Komen


Berita Berkaitan