Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Presiden Liberia isytihar perintah berkurung Ebola

presiden liberia

MONROVIA: Presiden Liberia hari ini mengisytiharkan perintah berkurung dan melaksanakan peraturan kuarantin lebih ketat di ibu negara Monrovia apabila jumlah korban akibat wabak Ebola kian membimbangkan.

President Ellen Johnson Sirleaf mengumumkan perintah berkurung berkuat kuasa antara jam 9 malam hingga 6 pagi.

Liberia kini sudah mengisytiharkan darurat di seluruh negara itu dan perintah berkurung itu mampu menghalang lebih 50,000 penduduk bebas keluar dari rumah.

Sejak hujung minggu lalu, penduduk marah apabila mereka ditempatkan di pusat pemantauan Ebola di West Point sehingga menyebabkan 37 pesakit yang sepatutnya diletakkan di bawah pemerhatian bertindak meninggalkan pusat berkenaan.

Sekurang-kurangnya 466 orang maut akibat Ebola di Liberia, dan keadaan itu mencetuskan panik dalam kalangan masyarakat. – AP

Komen


Berita Berkaitan