Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,751

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Premis yang disyaki terlibat curi eletrik bakal berhadapan tindakan tegas

6:56pm 22/04/2016 Leolerry Lajius 71 views Jenayah,Tempatan
(Dari kiri) Ketua Unit Penguatkuasaan Suruhanjaya Tenaga Putrajaya Iffah Hannah Bte Muluk, Nazlin dan Ketua Unit Khas Strike Force Azman Jaiman ketika sidang media berkenaan.

(Dari kiri) Ketua Unit Penguatkuasaan Suruhanjaya Tenaga Putrajaya Iffah Hannah Bte Muluk, Nazlin dan Ketua Unit Khas Strike Force Azman Jaiman ketika sidang media berkenaan.

KOTA KINABALU: Pengusaha premis diingatkan agar tidak melakukan kegiatan mencuri elektrik atau melakukan pengusikan pada meter kerana jika didapati bersalah mereka bakal berhadapan dengan tindakan tegas daripada pihak penguatkuasa Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Menurut Pengarah Suruhanjaya Tenaga Kawasan Pantai Barat Sabah Nazlin AB Alim Sidiki, dalam operasi yang yang dilakukan oleh ST dan SESB pada 19 dan 20 April yang lalu sebanyak 9 akaun pengguna berdaftar dengan SESB telah disyaki terlibat dengan kegiatan curi elektrik.

“Premis yang telah diperiksa adalah melibatkan premis yang menjalankan perniagaan restoran, perhotelan, stor pembekuan, pejabat stor dan pusat SPA dan ini merupakan operasi pertama yang dijalankan di negeri ini.”

“Kesemua kes ini kini sedang disiasat oleh pihak ST untuk tindakan perundangan selanjutnya manakala pihak SESB akan membuat tuntutan kerugian terhadap pemilik yang terlibat,” katanya ketika sidang media, di sini, hari ini.

Untuk tindakan perundangan, pengusaha premis boleh didakwa di bawah Seksyen 37 (3) Akta Bekalan Elektrik (Pindaan 2015) kerana mencuri elektrik atau di bawah Seksyen 37 (14) akta sama kerana merosakkan meter elektrik.

“Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman denda minimum RM20, 000 dan maksimum RM1 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.”

“Bagi kesalahan kedua dan seterusnya, mereka boleh dikenakan denda minimum RM100,000 dan maksimum RM5 juta atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Pindaan akta yang mula berkuatkuasa tahun ini menunjukkan keseriusan ST dalam membanteras kes-kes kecurian elektrik kerana ia bukan sahaja melibatkan kerugian pada syarikat utility tetapi juga soal keselamatan pengguna.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan