Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Premis terbakar selepas diselenggara

ANGGOTA bomba memadam kebakaran sebuah premis menjual cermin mata di Jalan Padas, Segama, Kota Kinabalu, hari ini. – Foto ihsan bomba
ANGGOTA bomba memadam kebakaran sebuah premis menjual cermin mata di Jalan Padas, Segama, Kota Kinabalu, hari ini. – Foto ihsan bomba

 

KOTA KINABALU: Sebuah mesin baru dibeli untuk membuat cermin mata musnah selepas premis menjual cermin mata itu hangus dalam kebakaran di Jalan Padas, Segama, di sini, hari ini.

Difahamkan, dalam kejadian jam 8.20 pagi itu, pemilik kedai sedang bersarapan sebelum membuka premisnya untuk beroperasi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Kota Kinabalu, Zainuddin Saidi, berkata premis itu baru beroperasi semalam selepas ditutup kerana pemilik kedai melakukan penyelenggaraan pendawaian elektrik.

Katanya, pemilik kedai mengatakan, hari ini adalah hari kedua sepatutnya mereka beroperasi selepas pendawaian elektrik premis itu diperbaiki.

“Semalam, keadaan baik sahaja tetapi hari ini mereka tidak sangka kedainya terbakar dan turut memusnahkan sebuah mesin baru yang belum digunakan,” katanya ketika dihubungi.

Zainuddin berkata, seramai 24 anggota serta pegawai bomba bersama empat jentera dikejar ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 8.29 pagi.

“Sebaik tiba, kami dapati sebuah lot kedai empat tingkat sedang terbakar dan api dapat dikawal pada jam 8.51 pagi sebelum dipadamkan sepenuhnya pada jam 9.07 pagi.

“Hasil pemeriksaan, sebuah lot kedai di sebelah premis itu turut terjejas akibat bahang dan asap namun dapat dikawal sepenuhnya,” katanya.

Zainuddin berkata, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10 pagi dan hasil pemeriksaan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini.

Katanya, anggaran kerugian belum dapat dipastikan. – BH ONLINE

ANGGOTA bomba memadam kebakaran sebuah premis menjual cermin mata di Jalan Padas, Segama, Kota Kinabalu, hari ini. – Foto ihsan bomba
ANGGOTA bomba memadam kebakaran sebuah premis menjual cermin mata di Jalan Padas, Segama, Kota Kinabalu, hari ini. – Foto ihsan bomba

Komen


Berita Berkaitan