Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Premis perjudian haram online diserbu

7:20pm 08/04/2016 Leolerry Lajius 512 views Jenayah,Tempatan
Premis yang digunakan untuk menjalankan operasi perjudian online haram.

Premis yang digunakan untuk menjalankan operasi perjudian online haram.

KOTA KINABALU: Penjaga sebuah premis yang menjalankan aktiviti perjudian online haram ditangkap dalam satu serbuan yang dilakukan oleh pihak polis di atas Kedai Santinni, Tingkat 1, Inanam Central, di sini semalam.

Ketika serbuan tersebut, pihak polis juga turut menahan tiga individu yang datang berkunjung dan bermain judi di premis tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP. M.Chandra, apabila sampai di lokasi pihak polis mendapati 20 buah tab dan sebuah laptop sedang berfungsi yang disyaki digunakan sebagai perjudian online haram.

“Seterusnya penjaga premis dan tiga individu yang lain ditangkap kerana disyaki menjalankan kegiatan perjudian mesin judi online haram. Kesemua tangkapan ditahan untuk siasatan lanjut,”katanya.

20 buah tablet, sebuah laptop jenama Toshiba, satu broadband jenama Yes dan wang tunai berjumlah RM1060.00 turut dirampas dalam operasi tersebut.-Oleh Leolerry Lajius /Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan