Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Premis makanan guna ayat suci, tidak miliki sijil halal dipersoal

Jainab Ahmad (tengah) mempengerusikan Mesyuarat Isu barang Halal di pejabat kementerian beliau di Wisma Tun Fuad Stephens.
Jainab Ahmad (tengah) mempengerusikan Mesyuarat Isu barang Halal di pejabat kementerian beliau di Wisma Tun Fuad Stephens.

KOTA KINABALU – Masyarakat khususnya umat Islam di negeri ini harus mengambil tahu akan status halal sesebuah premis perniagaan agar tidak timbul keraguan untuk mendapatkan sumber makanan di situ.

Sekiranya berlaku keraguan dan kekeliruan, maka pengguna harus melaporkan perkara itu kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) beserta bukti sama ada gambar dan apa sahaja yang berkaitan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, terdapat premis menggunakan ayat suci dan perkataan-perkataan yang menggambarkan Islam namun hakikatnya mereka tidak mempunyai sijil halal, ini akan mengelirukan rakyat.

“JHEAINS dengan kerjasama agensi lain seperti Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan sedang menyiasat perkara ini agar dapat membantu rakyat mendapatkan kesahihan halal atau tidak halal sesebuah premis itu,” katanya ketika Mempengerusikan Mesyuarat Isu Barang Halal di Bilik Mesyuarat, Wisma Tun Fuad Stephen, di sini hari ini.

Jainab berkata, pihak JHEAINS harus proaktif untuk menyiasat perkara berhubung isu halal ini untuk memaklumkan kepada masyarakat.

Beliau menegaskan, pihak berkuasa akan mengenakan denda termasuk tindakan kompaun sekiranya pemilik premis perniagaan melanggar syarat dan peraturan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 yang menyalahgunakan logo sijil halal.

Dalam pada itu, Jainab turut mengingatkan pengguna Islam di negeri ini supaya berwaspada dengan penggunaan logo halal yang dipamerkan untuk produk import kerana terdapat sesetengah produk tidak mendapat pengiktirafan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Saya juga mengharapkan KPDNKK agar giat melaksanakan pemantauan kepada peniaga-peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati dan mengelirukan pengguna berkenaan isu barang halal,” ujarnya. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan