Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PRDM pandang serius kes jenayah babitkan pelajar

Douglas menyampaikan cendera kenangan kepada Mike. - foto Kalawon Sawing
Douglas menyampaikan cendera kenangan kepada Mike. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) daerah ini memandang serius kes jenayah yang melibatkan pelajar sekolah dan remaja bawah umur, sejak kebelakangan ini termasuk melibatkan jenayah rogol yang meningkat.

Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Douglas Taong berkata, untuk itu pihaknya mengambil langkah drastik untuk mendekati warga sekolah melalui Program Komuniti Polis di sekolah-sekolah menengah di daerah itu.

“Program berkenaan itu bertujuan menggalakkan penglibatan guru dan ibu bapa dalam menangani gejala sosial dalam kalangan pelajar sekolah. Kerjasama kedua pihak ini penting bagi mengurangkan salahlaku pelajar disampung berupaya membentu disiplin dan akhlak mulia dalam kalangan pelajar,” katanya ketika kepada pemberita selepas Program Komuniti Polis dan jelajah sekolah IPD Keningau bersama guru, pelajar serta ibu bapa di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nabawan II, dekat sini.

Douglas memberitahu, Polis Komuniti akan diteruskan dan diperluaskan di sekolah-sekolah lain di kawasan jagaan IPD Keningau seperti Keningau, Tambunan dan Nabawan termasuk Daerah Kecil Sook dan Pegalungan.

Hadir sama Pengetua SMK Nabawan  II, Mike Eping, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Nabawan, Ami Talu, pegawai-pegawai kanan polis dan pemimpin-pemimpin masyarakat. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan