Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Prayuth dakwa disihir

prayuth

Bangkok: Perdana Menteri Thai, Prayuth Chan-ocha kelmarin menyelar kumpulan antirampasan

kuasa dengan mendakwa mereka menggunakan sihir ke atasnya.

Prayuth, pemimpin rampasan kuasa yang menggulingkan kerajaan dipilih secara demokrasi

beberapa bulan lalu berkata demikian ketika mempengerusikan mesyuarat 11 jawatankuasa

penapis yang bertanggungjawab memilih anggota Majlis Pembaharuan Kebangsaan, di sini.

Beliau yang juga mengetuai Majlis Kebangsaan untuk Keamanan dan Ketenteraman (NCPO)

menceritakan kesan sihir ke atasnya.

“Hari ini, kita perlu membantu satu sama lain.

Jika pembaharuan ini tidak berjaya, saya tidak tahulah apa lagi yang boleh dilakukan.

“Jika anda mahu terus berlawan dan bertelingkah, terpulanglah.

Jika mahu gunakan ilmu hitam juga, terpulanglah.

“Hari ini saya sakit tekak dan tengkuk.

Ada orang berkata kemungkinan saya disihir.

“Akibatnya saya disiram air jampi sehingga menggigil kesejukan dan kini nampaknya saya akan

demam,” katanya.

Sumber Kabinet berkata, Prayuth mengarahkan anggota Kabinet memakai kemeja tradisional

phraratchathan atau jaket corak Raj ketika menghadiri mesyuarat dan bukannya sut rasmi ala

Barat sebagai langkah mengelak disihir.- Agensi

Komen


Berita Berkaitan