Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Prayut bakal PM Thai

pm thai

Bangkok: Pemimpin rampasan kuasa Thai dijangka dipilih menjadi perdana menteri oleh dewan perhimpunan kebangsaan baru yang dikuasai tentera.

Panglima tentera Prayut Chan-O-Cha berkemungkinan besar menjadi satu-satunya calon untuk jawatan itu apabila 197 anggota Parlimen yang dilantik, kebanyakannya tentera, bersidang hari ini untuk memilih perdana menteri baru. “Sukar mencari orang untuk menjadi perdana menteri selain Prayut. Jika tidak dia, siapa lagi? “Dia yang merampas kuasa. Dia perlu bertanggungjawab menyelesaikan semua masalah. Dengan menjadi perdana menteri, dia berkuasa penuh,” kata satu sumber yang enggan dikenali.

Seorang lagi anggota junta yang sebelum ini dikenali sebagai Majlis Kebangsaan Untuk Keamanan Dan Ketenteraman (NCPO) berkata, Prayut sudah ditetapkan untuk dipilih menjadi perdana menteri kerana dia layak untuk jawatan itu.

“Menurut kajian, dia memang suka populariti dan rakyat juga berpuashati dengan tugas yang dilaksaakan NCPO,” menurut anggota junta itu yang juga enggan namanya disiarkan.

Prayut menggulingkan kerajaan yang dipilih menerusi rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah 22 Mei lalu, sejurus selepas Yingluck Shinawatra dipecat daripada jawatan perdana menteri oleh mahkamah. – Reuters

Komen


Berita Berkaitan