Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Prasarana internet dipertingkat, capaian berkelajuan tinggi – Salleh

Salleh (tengah), Rosnah dan Ghulam (enam dari kiri) bersama Swady (lima dari kanan) melaungkan “Demi Paparku”.

Papar : Prasarana internet di daerah ini akan dipertingkat bagi membolehkan rakyat menikmati liputan dengan capaian berkelajuan tinggi.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Said Keruak berkata usaha tersebut bagi merealisasikan dasar penembusan 95 peratus jalur lebar di negara ini menjelang tahun 2020.

“Kementerian ini bertanggungjawab terhadap sasaran penembusan jalur lebar 95 peratus di negara ini dengan lebih 50 peratus capaian internet berkelajuan tinggi.

“Keperluan kita adalah prasarana internet, bukan saja sekadar liputan tetapi juga berkelajuan tinggi untuk masyarakat di bandar dan luar bandar.

“Bagi tujuan tersebut, Pejabat Daerah dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengkaji keperluan menara telekomunikasi di beberapa tempat yang mempunyai masalah,” jelas beliau.

Salleh turut menyatakan peningkatan prasarana tersebut juga bakal membuka peluang kepada masyarakat menjalankan aktiviti ekonomi atas talian.

“Dengan adanya kemudahan internet, masyarakat dapat meluaskan lagi perniagaan mereka menerusi eUsahawan dan eRezeki sesuai dengan usaha kerajaan mewujudkan ekonomi digital,” ujarnya ketika berucap merasmikan Mini Karnival Demi Paparku di Dewan SMK Pengalat, pada Sabtu.

Pada majlis itu, beliau mengumumkan komitmen kementerian berkenaan mewujudkan bangunan pejabat bagi Jabatan Penerangan (Japen) di daerah tersebut tidak lama lagi.

Turut diumumkan, sumbangan RM100 ribu sebagai dana aktiviti kepada badan sukarela, Squad 175 Papar yang ditubuhkan bagi menyuburkan sikap sukarela dalam kalangan ahli dan terdiri daripada pelbagai peringkat umur.

Hadir pada majlis tersebut, Ahli Parlimen Papar yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawang merangkap Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar, Pengarah Penerangan Sabah, Swady Guliling dan Timbalannya, Supian Musa./Penerangan-

Salleh menunjukkan baju-T Squad 175 Papar sambil diperhatikan Rosnah (kiri) dan Ghulam (tengah).

Komen


Berita Berkaitan