Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pramuka Indonesia Bangga Jalin Persahabatan Dengan Pengakap Malaysia

pramukap

KOTA KINABALU, 25 Jun (Bernama) — Anggota Kwartir Gerakan Pramuka Indonesia (Pergerakan Pengakap Indonesia) melahirkan rasa bangga dapat menjalin persahabatan dengan pengakap di negara ini selaras kempen Misi Utusan Keamanan Sejagat yang dibawa Pengakap di seluruh dunia.

Ketua delegasi Gerakan Pramuka Cabang Sambas, Kalimantan Barat, Drs Dailami Abdula Manaf melahirkan penghargaan itu pada majlis malam Budaya Serumpun Pengakap Sabah dan gerakan itu di sini Selasa malam.

Drs Dailami Abdula berkata pihaknya berharap Pengakap Sabah dapat meneruskan kesinambungan Jambori Budaya Serumpun dengan menjadi tuan rumah selepas Sambas, Kalimantan Barat.

Beliau berkata pelbagai aktiviti diadakan antaranya lawatan sekitar bandar raya Kota Kinabalu, aktiviti persahabatan, pertukaran budaya dan malam budaya serumpun dalam program lawatan bersama 23 anggota gerakan itu sejak 22 Jun lepas.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara merangkap Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah, Datuk Dr Awang Zaini Suntim berkata kunjungan julung kali Pramuka Indonesia di Sabah itu mengukuhkan silaturahim serta semangat kepengakapan serumpun sedia ada antara kedua-dua negara menerusi Sabah dan Kalimantan Barat.

“Marilah kita bersama-sama membantu kepada kedua-dua kerajaan dan kedua-dua negara kita ini agar rakyat saling mengerti dan faham dan sentiasa erat,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan